Utama

wallpaper koporat

Rancangan Projek Untukmu Sarawak Ke 2 (RANCAK 2)

 

Untukmu Sarawak, Iltizam Untuk Sarawak

Sarawak merupakan negeri yang terbesar yang membentuk negara Malaysia dan memiliki hasil bumi yang terbanyak berbanding negeri-negeri yang lain. Mutakhir ini, daripada laporan yang didedahkan kepada umum, Sarawak merupakan negeri ketiga di dalam senarai negeri yang memiliki rekod miskin tegar di Malaysia. Sepatutnya, Sarawak berada pada kedudukan yang lebih baik jika dilihat dari sudut pendapatan negeri yang kedua tertinggi di Malaysia.

Berbekalkan semangat Iltizam untuk Sarawak, Program “Untukmu Sarawak” yang dicetuskan oleh Pemuda Pas Sarawak menunjukkan kesungguhan PAS Sarawak di dalam meringankan beban yang ditanggung rakyat. Kesediaan PAS Sarawak untuk membantu serba sedikit kehidupan rakyat diterjemahkan melalui program “Untukmu Sarawak” ini. Ia merupakan sebuah program yang memberi manfaat untuk komuniti dengan matlamat agar ianya menjadi perintis kepada pembangunan infrastruktur dan sosial rakyat Sarawak. Program ini telah dilaksanakan diseluruh negeri Sarawak bermula Mei 2014.